Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-39 Tahun 2013/1434H.
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kali ke-39 Tahun 2013/1434H dan Senarai Ayat Tilawah al-Quran, Surah Hafazan dan Tajuk Bercerita Kisah Al-Quran. Bahagian ini amat berbesar hati sekiranya pelaksanaan Majlis Tadarus Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim yang dilampirkan. Semoga pelaksanaan MTQSS ke-39 pada tahun 2013 ini akan lebih memberikan impak kepada para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaiatan.
Sumber : Bahagian Pendidikan Islam.

















